Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic bersemangat pertahankan kejuaraan Terbuka AS

    NEW YORK, 26 OGOS – Bintang Serbia, Novak Djokovic menyasarkan untuk menjadi pemain pertama dalam tempoh 16 tahun yang berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

    Djokovic, yang merupakan pilihan kedua, kini menikmati kejayaan Olimpik di Paris, akan memburu rekod di Flushing Meadows, di mana dia memulakan kempennya pada malam Isnin menentang pemain kelayakan Moldova, Radu Albot.

    Pemain berusia 37 tahun itu boleh menyertai Jimmy Connors, Pete Sampras dan Roger Federer sebagai pemenang kejuaraan era kejohananTerbuka tertua, dan dengan gelaran Grand Slam ke-25, layak menuntut rekod mutlak untuk jumlah gelaran terbanyak, satu pencapaian yang kini dikongsi dengan legenda Australia, Margaret Court.

    Dia juga akan menjadi lelaki pertama yang berjaya mempertahankan gelaran di New York sejak Federer memenangi lima gelaran berturut-turut Terbuka AS dari 2004 hingga 2008.

    “Saya tidak tahu mengenainya,” kata Djokovic. “Saya tahu ia mungkin berlaku dalam tempoh lima atau 10 tahun, tetapi saya tidak tahu ia sudah begitu lama.

    Gambar AP

    “Semoga ia berubah tahun ini. Itu adalah matlamat saya,” jelasnya.

    Kemenangan akan menyaksikan Djokovic melanjutkan rekod dengan sekurang-kurangnya satu gelaran Grand Slam berbanding tujuh.

    Dari 2011 hingga 2023 dia hanya gagal sekali di kejohanan utama iaitu pada 2017.

    Setakat ini pada tahun 2024, gelaran utama telah dimenangi oleh generasi baharu. Carlos Alcaraz dari Sepanyol sedang memburu gelaran Grand Slam ketiga berturut-turut selepas kejayaan di Roland Garros dan Wimbledon.

    Jannik Sinner dari Itali pula memenangi Terbuka Australia dalam perjalanannya untuk menyingkirkan Djokovic di kedudukan teratas dunia.

    Dengan Federer yang telah bersara dan Rafael Nadal sedang bergelut dengan kece-deraan, Djokovic berkata persaingannya yang semakin meningkat dengan pemain seperti Alcaraz dan Sinner telah mendorongnya terus bermotivasi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda