Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic bertemu Nadal kali ke-56

    PARIS, 11 OKT – Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan bertemu buat kali ke-56 hari ini dalam final Roland Garros dengan sejarah kedua-dua pemain sedang dipertaruhkan.

    Pemain nombor satu dunia, Djokovic, sedang memburu gelaran Grand Slam ke-18 dan Terbuka Perancis buat kali kedua, di mana ia akan menjadikannya sebagai pemain lelaki pertama untuk mencatat kemenangan dalam keempat-empat Grand Slam sebanyak dua kali dalam tempoh setengah abad.

    Juara bertahan, Nadal, yang juga merupakan pemain nombor dua dunia, mampu memenangi gelaran Roland Garros kali ke-13 dan 20 kejohanan utama, di mana ia akan menyamakan rekod lelaki terbaik sepanjang zaman yang dipegang oleh Roger Federar.

    Kemenangan pada hari ini turut akan memberikan pemain Sepanyol berusia 34 tahun itu kemenangan dalam 100 perlawanan di Paris yang hanya tewas sebanyak dua kali dalam masa 15 tahun.

    Salah satu perlawanan yang Nadal tewas adalah semasa bertemu dengan Djokovic pada pusingan suku akhir 2015, kali terakhir mereka bertemu di gelanggang tanah liat di Philippe Chatrier.

    Pemain Serbia itu telah memenangi 37 perlawanan pada tahun ini dengan hanya tewas sekali selepas disingkirkan semasa Terbuka AS.

    Stefanos Tsitsipas, yang memaksa Djokovic untuk bermain sehingga lima set dalam perlawanan separuh akhir, tidak memperlihatkan banyak kelemahan dalam permainan pemain pilihan tersebut. – AFP

    Reaksi Rafael Nadal selepas menewaskan lawan dalam perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis. Nadal akan berdepan Djokovic buat kali ke-56 di final Roland Garros. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda