LONDON, 2 JULAI – Novak Djokovic kini sedang memburu rekod lapan gelaran Wimbledon dan gelaran major Grand Slam ke-24 yang diraih oleh Roger Federer ketika dia mengakhiri kalendar pertama dalam tempoh 54 tahun.
Setelah berjaya mengatasi Rafael Nadal dengan 23 gelaran major di Terbuka Perancis, Djokovic yang berusia 36 tahun dijangka menjadi pilihan utama di All England Club ketika dia memulakan kempen mempertahankan kejuaraannya Isnin lalu.
Dengan Terbuka Australia ke-10 dan Roland Garros ketiga telahpun berakhir pada musim ini, kemenangan ke-8 di Wimbledon akan meninggalkan Djokovic yang hanya perlu menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September untuk menyamai rekod Rod Laver yang memenangi keempat-empat gelaran major pada tahun 1969.
“Pertama, dia mengikut jejak langkah awda, kemudian dia menjiwai permainan awda, kemudian dia menggali kubur awda, dan awda mempunyai upacara pengebumian. Selamat tinggal dan terima kasih kerana sudi hadir,” kata jurulatih Djokovic, Goran Ivanisevic, yang menggambarkan mentaliti Djokovic dalam mengejar Grand Slam.
Djokovic telah memenangi gelaran itu dalam empat kunjungan terakhirnya ke Wimbledon dan tidak pernah kalah di Centre Court sejak final pada tahun 2013.
“Setiap kali saya melangkah ke Centre Court, ada semangat yang membangkitkan saya dan saya mampu beraksi pada tahap yang amat tinggi,” kata Djokovic yang akan memulakan kempen perlawanan esok menentang pemain pilihan ke-67 yang gemar gelanggang tanah liat, Pedro Cachin.
Djokovic meraih 86 kemenangan di Wimbledon, hanya kalah kepada Federer yang telah bersara dan lebih banyak daripada kesemua 20 pemain teratas terkini.
Daripada pemain tersebut, hanya dua daripadanya, Cameron Norrie dan Hubert Hurkacz, yang telah mara ke separuh akhir Wimbledon. – AFP
