PARIS, 28 NOV – Novak Djokovic dan Nikola Cacic tewas dalam mata penamat yang dramatik semasa perlawanan beregu mereka apabila Serbia mengalami kekalahan mengejut oleh Jerman pada pusingan akhir Piala Davis, manakala Daniil Medvedev membantu persekutuan tenis Rusia meraih kemenangan pembukaan.
Pemain nombor satu dunia, Djokovic telah menyamakan kedudukan Serbia dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan mereka dengan menewaskan Jan-Lennard Struff selepas kekalahan Filip Krajinovic kepada Dominik Koepfer.
Tetapi juara perseorangan 20 kali Grand Slam dan Cacic ditewaskan 7-6 (7/5), 3-6, 7-6 (7/5) oleh Kevin Krawietz dan Tim Puetz, yang berjaya menempah satu tempat dalam perlawanan ketiga mereka di Innsbruck.
Perlawanan di Austria berlangsung secara tertutup kerana sekatan COVID-19 baharu di negara itu.
Jerman akan mara ke suku akhir dariKumpulan F jika mereka menewaskan Austria hari ini, yang akan meninggalkan Serbia menunggu untuk melihat sama ada mereka mara sebagai salah satu daripada dua naib juara.
Djokovic berharap mencatat musim cemerlang, yang menyaksikan dia hanya terlepas kalendar Grand Slam dengan kekalahan kepada Medvedev pada peringat akhir Terbuka AS, dengan membantu negaranya memenangi piala Davis buat kali pertama sejak 2010.
Rusia, antara pilihan gelaran, mencatat permulaan sempurna untuk kempen mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Ecuador.
Pemain nombor lima dunia, Andrey Rublev berjaya bangkit daripada set kedua menentang pemain Roberto Quiroz untuk menang 6-3, 4-6, 6-1 pada aksi pembukaan di Madrid. – AFP
