Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic cipta rekod peribadi

    PARIS, 4 Jun – Novak Djokovic mencapai rekod 12 suku akhir Terbuka Perancis selepas kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas pemain Sepanyol, Fernando Verdasco.

    Djokovic, juara 2016 dan pemenang 12 kali gelaran Grand Slam, kini sudah mara sebanyak 40 kali peringkat suku akhir dalam semua kejohanan utama.

    Pemain Serbia berusia 31 tahun itu, pemain pilihan ke-20 tahun ini selepas bergelut selama setahun disebabkan kecederaan siku dan prestasi tidak menentu, akan berdepan sama ada pemain pilihan kelapan dari Belgium, David Goffin atau pemain nombor 72 dunia, Marco Cecchinato dari Itali, bagi merebut slot separuh akhir.

    Novak Djokovic membalas pukulan Fernando Verdasco dalam aksi pusingan keempat Roland Garros, yang menyaksikan Djokovic mencipta rekod 12 suku akhir di kejohanan itu. – AFP

    Verdasco, 34, telah menyingkirkan pemain pilihan keempat, Grigor Dimitrov dengan straight set dalam pusingan ketiga.

    Bagaimanapun, dia berharap untuk menewaskan Djokovic buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun tidak dibantu oleh masalah melecet pada kaki kirinya, yang memerlukan rawatan sebelum berakhirnya set kedua.

    Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-200 Djokovic di atas gelanggang permukaan tanah liat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda