Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Djokovic dapat motivasi tambahan

    TEL AVIV, 3 OKT – Novak Djokovic memenangi gelaran ketiga bagi 2022 dan ke-89 dalam kariernya selepas menewaskan Marin Cilic di final Tenis Terbuka Tel Aviv, semalam.
    Dia menyatakan bahawa kegagalan bermain sejak menang gelaran Wimbledon ketujuh pada Julai lalu, memberikan motivasi tambahan kepadanya.

    Djokovic, 35, mencatat kemenangan 6-3, 6-4 untuk menambah gelaran selepas menang final di gelanggang tanah liat di Rom dan gelanggang rumput di Wimbledon pada tahun ini.

    Ia adalah kemenangan ke-19 ke atas Cilic dalam 21 pertarungan di antara mereka sejak 2008.

    Djokovic beraksi dalam acara perseorangan lelaki pertama sejak menang di Wimbledon yang juga gelaran Grand Slam ke-21 pada Julai lalu.

    Dia tidak dibenarkan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan semua kejohanan di Amerika Utara kerana enggan menerima suntikan vaksin sebelum menyertai kejohanan perpisahan bagi Roger Federer bagi acara berpasukan Piala Laver di London, bulan lalu.

    “Saya bermain tenis dengan baik dan tidak terlepas sebarang set sepanjang minggu ini,” kata Djokovic yang juga bekas pemain nombor satu dunia.

    “Saya tidak beraksi di kejohanan hampir tiga bulan, jadi motivasi tambahan untuk bermain dengan baik terutama beberapa orang yang cukup mesra dan menyokong saya sepanjang minggu ini. Saya semakin yakin untuk minggu akan datang.” – AFP

    Novak Djokovic meraikan kemenangan bersama trofi pada perlawanan tenis Terbuka Watergen Tel Aviv di Israel pada 1 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...