Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic didenda AS$8,000 kerana hempas raket

    LONDON, 18 JULAI – Novak Djokovic didenda AS$8,000 selepas menghempas raketnya ke tiang jaring semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki di Wimbledon pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Kelab Lawn Tenis All England mengesahkan pemain berusia 36 tahun itu dikenakan penalti kerana ‘penyalahgunaan raket’ semasa kekalahannya kepada pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz.

    Djokovic menunjukkan kekecewaannya selepas gagal mengatasi Alcaraz sebelum kehilangan mata sewaktu servis di tangannya semasa set kelima penentuan perlawanan di Centre Court.

    Pengadil Fergus Murphy, yang terdahulu memanggil pemain Serbia itu kerana pelanggaran masa kemudian mengeluarkan amaran untuk pelanggaran kod.

    Kekecewaan Djokovic bertambah apabila pemain nombor satu dunia berusia 20 tahun itu memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk melakar kemenangan 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4 selepas empat jam 42 minit.

    Kemenangan Alcaraz sekali gus menafikan Djokovic gelaran grand slam ke-24 dan yang kelapan di Wimbledon. – Bernama

    Novak Djokovic mengeluarkan raket baharu selepas memecahkan raket sebelumnya ketika dia bertindak balas selepas kehilangan satu mata menentang Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda