Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic enggan mengalah

    NEW YORK, 29 OGOS – Juara Terbuka AS Novak Djokovic mengadu rasa ‘agak kasar yang tidak dapat dijangka’ ketika berdepan masalah bahu selepas menewaskan Juan Ignacio Londero pada pusingan kedua, kelmarin.

    Pemain nombor satu dunia yang menerima rawatan di bahu kirinya sepanjang perlawanan sebelum menang 6-4, 7-6 (7/3), 6-1 itu berkata dia takut kecederaan itu akan memaksanya untuk bersara.

    “Bukan mudah bermain dengan sensasi semacam ini. Saya tidak banyak mengalami kerjaya masalah ini dalam kerjaya saya,” kata Djokovic.

    “Sudah jelas masa perubatan tamat. Semasa rehat saya cuba mengikuti peraturan dengan fisioterapi dan bantuan perubatan. Itu pasti membantu saya kekal dalam perlawanan.

    “Dengan kecederaan itu terutama pada pertengahan set pertama, saya tidak tahu sama ada saya boleh menyelesaikan perlawanan.”

    Djokovic yang cuba menjadi juara bertahan pertama di sini sejak Roger Federer menang dari 2004-2008, berkata masalah itu mempengaruhi servis dan pukulan kilasnya sambil mendedahkan ia adalah salah satu masalah yang sudah lama menghantuinya.

    “Saya tidak pernah mempunyai masalah tertentu dalam kerjaya saya. Ia telah mengganggu saya selama hampir dua minggu,” katanya. – AFP

    Djokovic menerima bantuan fisioterapi selepas berdepan masalah bahu semasa menentang Londero. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda