Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic harap Terbuka Australia bukan perlawanan terakhir

    PERTH, 29 DIS – Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, berharap kunjungan terbaharunya ke Australia bukanlah yang terakhir, tetapi mengakui pada usia 36 tahun dia kini menghadapinya ‘musim demi musim.’

    Bintang terkenal Serbia itu adalah raja gelanggang keras Melbourne Park, yang telah memenangi Terbuka Australia sebanyak 10 kali, dan akan menyasarkan kemenangan kali ke-11 bulan depan.

    Dia sedang membuat persiapan di Perth pada ATP-WTA United Cup pada Ahad ini selepas satu lagi musim luar biasa yang membawa tiga lagi gelaran Grand Slam untuk rekod ke-24.

    Ia termasuk satu lagi Terbuka Australia, ketika menjinakkan pemain Greece Stefanos Tsitsipas 6-3, 7-6 (7-4), 7-6 (7-5) pada final 2023.

    Djokovic amat dominan sehingga dia berjaya memenangi empat daripada lima Kejohanan Terbuka Australia terakhir dengan satu-satunya pengecualian pada 2022, apabila dia disingkirkan dari negara itu kerana enggan mendapatkan vaksin COVID-19.

    “Saya harap ia bukan yang terakhir, sejujurnya,” katanya semasa berada di Australia sekali lagi selepas tiba di Perth dan sesi latihan lewat kelmarin.

    “Kembali ke Australia, saya sentiasa berasa saya bermain tenis terbaik saya selama ini dan mendapat sokongan yang hebat. Jadi saya tidak pasti, saya sebenarnya tidak mempunyai rancangan (untuk) apa yang akan berlaku tahun depan.” – AFP

    Djokovic ketika gagal untuk bermain di Terbuka Australia pada tahun 2022. Namun di Terbuka Australia dia menyasarkan untuk kemenangan kali ke-11. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda