EASTBOURNE, United Kingdom, 29 Jun – Novak Djokovic mengatasi cabaran bersungguh-sungguh daripada Donald Young, menewaskan pemain Amerika itu 6-2, 7-6 (11/9) hari ini untuk meraih tempat separuh akhir pertama di Eastbourne.
Pemain pilihan utama itu bertanding ketika minggu sebelum Wimbledon buat pertama kali dalam tujuh tahun, menyelamatkan beberapa mata set di setu kedua sebelum akhirnya menewaskan Young dalam tie break.
Bekas pemain nombor satu dunia itu kini dalam memulihkan kembali mainannya selepas persembahan buruk tahun lepas berbanding standardnya dan menegaskan kejohanan utama gelanggang rumput itu sebagai sasaran serta-mertanya.
Djokovic yang mengambil wild card untuk memasuki kejohanan itu adalah pemain lelaki ranking kedua tertinggi dunia yang pernah bertanding di kejohanan itu di belakang Marcelo Rios dalam 1998.
Dengan kesemua saingan lain di belakang jadual selepas gangguan hujan dua hari, pihak penganjur kini mempercepatkan kejohanan dan berdoa bagi cuaca yang lebih baik.

Pemain pilihan keempat dan juara bertahan Steve Johnson menamatkan perlawanannya dengan pemain kelayakan Itali Thomas Fabbiano, 6-3, 5-7, 6-4.
Pemain pilihan kedua Gael Monfils menewaskan Cameron Norrie 6-3, 6-2 sementara pemain nombor tiga John Isner menang dari belakang untuk menewaskan Dusan Lajovic 3-6, 7-6 (7/2), 7-6 (7/4).
Sementara itu, Bernard Tomic dari Australia mengejutkan pemain pilihan keenam Mischa Zverev 6-3, 6-2 tatkala Richard Gasquet, pilihan ketujuh menewaskan Kevin Anderson 6-4, 6-4. – AFP