Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic, Kyrgios mahu tebus kekecewaan

    PARIS, 2 Feb – Novak Djokovic dan Nick Kyrgios berharap Piala Davis akan menjadi penyembuh kekecewaan terhadap penyingkiran Terbuka Australia mereka hujung minggu ini apabila hanya mereka berdua sahaja di 15 kedudukan teratas yang menyertai kejohanan itu.

    Pemain nombor satu dunia, Andy Murray memilih untuk tidak membuat perjalanan bagi trans-Atlantic, Britain ke Ottawa di mana Kanada akan beraksi tanpa Milos Raonic ranking keempat bagi pertandingan pembukaan Kumpulan Dunia.

    Sementara itu, juara Terbuka Australia, Roger Federer dan pemain nombor tiga dunia, Stan Wawrinka tidak beraksi dalam persaingan bersama Switzerland di AS.

    Rafael Nadal, tempat kedua di belakang Federer di Melbourne, tidak akan beraksi bersama Sepanyol di Croatia, yang beraksi tanpa Marin Cilic, sementara Jepun dan Perancis bertemu di Tokyo tanpa Kei Nishikori, Gael Monflis dan Jo-Wilfried Tsonga.

    Tomas Berdych tidak akan beraksi bersama pasukan Republik Czech untuk menghadapi Australia di Melbourne sementara David Goffin tidak akan bersama Belgium ke Jerman.

    Reaksi jauh tenis Serbia, Novak Djokovic selepas tersingkir di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne. – AP
    Reaksi jauh tenis Serbia, Novak Djokovic selepas tersingkir di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne. – AP

    Hanya membimbangkan bagi pertandingan yang berusia 117 tahun itu adalah Juan Martin del Potro yang tidak menyertai juara bertahan Argentina menentang Itali.

    Biarpun melihat kesemua pesaing Grand Slam mengambil rehat, pemain nombor dua dunia, Djokovic, dikejutkan pada pusingan kedua di Melbourne oleh Denis Istomin bagi penyingkirannya lebih awal dalam pertandingan utama bagi tempoh sembilan tahun, teruja menerajui juara 2010, Serbia menentang Rusia di Nis.

    “Saya gembira untuk kembali bersama pemain ini memandangkan kami adalah sahabat karib dan ia adalah persekitaran yang terlalu istimewa setiap kali kami bersama,” Djokovic, 29, memberitahu daviscup.com.

    “Tetapi Rusia adalah pasukan muda dan kami tidak boleh memandang rendah kepada mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda