Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic mara ke pusingan kedua

    LONDON, 3 JULAI – Novak Djokovic memulakan cabaran untuk merebut gelaran Wimbledon lelaki kelapan yang menyamai rekod dengan kemenangan straight set ke atas pemain kelayakan Czech, Vit Kopriva, kelmarin dalam perlawanan pertamanya sejak menjalani pembedahan lutut.

    Djokovic meraih kemenangan 6-1, 6-2, 6-2 dalam masa kurang dua jam di Centre Court menentang pesaingnya di ranking ke-123.

    Pemain Serbia berusia 37 tahun itu tidak berdepan break point dalam keseluruhan perlawanan, yang disudahi dengan tiga ace.

    Djokovic, yang memburu rekod kejuaraan Grand Slam ke-25, memakai pembalut pada lutut kanannya selepas menjalani pembedahan yang memaksanya menarik diri daripada Terbuka Perancis selepas pusingan keempat bulan lalu.

    “Ia sangat bagus. Saya sangat gembira dengan cara saya bergerak di gelanggang hari ini,” kata Djokovic selepas mencatat rekod pusingan pertama Wimbledon kepada 19-0.

    “Jelas sekali datang ke Wimbledon tahun ini, ia adalah keadaan yang sedikit berbeza bagi saya kerana kecederaan lutut.

    “Saya tidak tahu bagaimana segala-galanya akan berlaku di gelanggang sebenarnya. Sesi latihan agak berbeza dengan perlawanan rasmi, jadi saya amat gembira dengan cara saya bermain termasuk perasaan saya hari ini.”

    Djokovic akan berdepan pemain wildcard dari Britain, Jacob Fearnley, atau pemain kelayakan Sepanyol, Alejandro Moro Canas, untuk tempat ke pusingan 32 terakhir. – AFP

    Djokovic semasa bersaing menentang Vit Kopriva pada perlawanan tenis di The All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon pada 2 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda