Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Djokovic mara pusingan 16 terakhir

    ROM, 15 MEI – Novak Djokovic melangkah ke pusingan 16 terakhir Terbuka Itali kelmarin selepas menang ke atas Grigori Dimitrov 6-3, 4-6, 6-1, sementara Iga Swiatek mudah menundukkan Lesia Tsurenko 6-2, 6-0.

    Juara Terbuka Itali enam kali, Djokovic memperbaiki prestasi selepas aksi lembap menentang Tomas Etcheverry pada kejohanan pembukaan namun sekali lagi menerima saingan sengit melawan bekas pemain nombor tiga dunia.

    “Saya rasakan persembahan saya semakin hampir di tahap yang diingini. Saya mampu bermain dengan lebih baik tetapi hari ini saya bermain menentang lawan yang sangat berkualiti dan rasanya saya telah melakukan tugas saya,” Djokovic memberitahu wartawan.

    Djokovic tidak lagi memakai pelindung siku sejak perlawanan pusingan kedua pada Jumaat, dan pemain itu dilihat berjaya mengatasi kecederaan yang telah memaksanya terlepas Masters Madrid pada minggu lalu.

    Pemenang Grand Slam 22 kali itu kehilangan pukulan servis dalam perlawanan pertama tetapi segera bangkit dan mematahkan empat pukulan untuk memenangi set pertama.

    Djokovic mematahkan servis untuk mendahului perlawanan dan menewaskan Dimitrov dalam perlawanan ketiga pada set kedua. Djokovic mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir dalam 16 penampilannya di Rom dan aksi set ketiga yang memberangsang telah memastikan pemain itu melangkah ke pusingan keempat.

    “Saya berasa gembira kerana menemui rentak dalam perlawanan pertama di set pertama. Adalah amat penting untuk mengawal permainan,” kata Djokovic yang akan bertemu pemain Britain, Cameron Norrie untuk merebut tempat di suku akhir. – AFP

    Aksi Novak Djokovic semasa perlawanan pusingan ketiga Terbuka Itali, 12 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...