Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Djokovic ‘menang,’ kini bebas

    MELBOURNE, 10 JAN – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic meraih ‘kemenangan’ menakjubkan hari ini menentang kerajaan Australia, menterbalikkan pembatalan visanya atas alasan kesihatan COVID-19 dan menamatkan penahanannya.

    Ia merupakan satu kekalahan yang luar biasa bagi kerajaan, yang telah mengenakan sekatan ketat di sempadannya selama dua tahun lalu untuk menghentikan penularan koronavirus.

    Dalam perbicaraan kecemasan secara maya, hakim mahkamah telah memerintahkan bahawa keputusan untuk membatalkan visa Djokovic “akan ditarik balik”.

    Hakim telah mengarahkan untuk pemain bintang tenis yang belum menerima vaksin itu “untuk dilepaskan serta-merta dan dibebaskan dari pusat tahanan imigresen. “Pembebasan itu mesti dilaksanakan tidak kurang dari 30 minit selepas arahan ini dibuat,” tambahnya.

    Pembayar cukai Australia akan diminta untuk membayar kos undang-undang tinggi pasukan Djokovic.

    Novak Djokovic memenangi perbicaraan ke atas kerajaan Australia, membatalkan pembatalan visanya atas alasan kesihatan COVID-19 dan menamatkan penahanannya. – AFP

    “Novak, Novak, Novak,” laungan dari puluhan penyokong juara sembilan kali Terbuka Australia ketika mereka berbaris meraikannya, sambil memukul dram, di luar mahkamah persekutuan Melbourne.

    Pemain berusia 34 tahun, Djokovic telah tiba di Melbourne pada Rabu lalu untuk menyertai Terbuka Australia, yang mana akan bermula hanya dalam satu minggu, berharap akan memenanginya untuk memecahkan rekod gelaran juara Grand Slam ke-21.

    Tetapi walaupun dia menikmati kemenangannya yang menakjubkan di mahkamah persekutuan, impiannya untuk kejohanan mungkin masih jauh daripada genggaman.

    Peguam kerajaan telah memberitahu mahkamah bahawa Menteri Imigresen, Alex Hawke mungkin membuat keputusan untuk menggunakan “kuasanya untuk membatalkannya” meskipun kemenangan pemain itu adalah sah. Selepas tiba di Australia, Djokovic telah dibawa untuk disoal siasat semalaman dengan pegawai ejen sempadan, yang memutuskan bahawa juara itu gagal untuk menunjukkan bukti kukuh bagi alasan tidak mendapatkan suntikan.

    Visa Djokovic telah dibatalkan dan terpaksa dipindahkan ke pusat tahanan imigresen, menunggu pengusirannya dari negara berkenaan, selepas menghabiskan empat malam di sana. -AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...