Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic sedia tambah trofi

    CHICAGO, 20 Sept – Kejohanan Piala Laver edisi kedua menjadi medan terbaik buat pemenang 14 gelaran Grand Slam, Novak Djokovic yang kini berada di kemuncak prestasi untuk menambah koleksi trofi selepas menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS).

    Djokovic akan membuat penampilan pertama di kejohanan berpasukan selama tiga hari minggu itu, yang dianggap seperti Piala Ryder untuk sukan tenis walaupun tidak mempunyai tradisi sehebat kejohanan utama golf.

    “Saya gembira untuk beraksi dengan (Djokovic),” kata pengasas kejohanan dan bintang pasukan Eropah, Roger Federer. “Saya harap dia pun rasa begitu.”

    Kejohanan itu akan berlangsung di Chicago AS buat kali pertama dengan 12 pemain handalan dunia akan berentap sepanjang tiga hari dalam acara berpasukan.

    Kejohanan akan bermula esok dengan enam pemain terbaik Jelajah ATP dari Eropah akan menentang pemain dari seluruh dunia.

    Aksi Djokovic ketika mengembalikan pukulan kepada Juan Martin del Potro, semasa perlawanan tenis mereka pada 9 September lalu di New York. – AP

    Pasukan Eropah yang diketuai Bjorn Borg akan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan menentang Pasukan Dunia yang diketuai legenda John McEnroe.

    Federer, Djokovic, Alexander Zverev, Grigor Dimitrov, David Goffin dan Kyle Edmund akan mewakili Pasukan Eropah.

    “Kami hadir di sini untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Borg. “Dan kami akan mengekalkan piala ini di Eropah.”

    Jack Sock, Nick Kyrgios, John Isner, Frances Tiafoe, Kevin Anderson dan Diego Schwartzman pula akan beraksi dengan Pasukan Dunia.

    “Saya teruja untuk membimbing pasukan ini,” kata McEnroe. Kami mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang ini di Chicago iaitu bandar sukan yang hebat. Saya fikir kami akan mempamerkan bakat kami minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda