PARIS, 3 NOV – Novak Djokovic beraksi menewaskan Grigor Dimitrov kelmarin untuk melangkah ke peringkat akhir bagi bertemu dengan pemain muda Kanada Denis Shapovalov, tatkala Rafael Nadal mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut atas sebab kecederaan abdomen.
Djokovic berjaya menewaskan Dimitrov dengan 7-6 (7/5), 6-4 pada peringkat empat terakhir sebelum Nadal menarik diri. Djokovic kini memiliki peluang untuk mengejar impiannya untuk menyamai rekod Pete Sampras iaitu berada di kedudukan teratas selama enam tahun. – AFP