Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic sukar terima kekalahan

    INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 13 Mac – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic sukar menerima kekalahannya dalam kejohanan ATP Indian Wells Masters dan ia bukan mudah.

    “Secara jujurnya, saya tidak suka kalah,” menurut Djokovic yang tewas kepada Philipp Kohlschreiber dengan keputusan 6-4, 6-4 dalam pusingan ketiga.

    Kohlschreiber merangkul kemenangan pertama ke atas pemain nombor satu dunia itu sekali gus menamatkan pemburuan Djokovic untuk menjuarai Indian Wells keenam.

    “Terutama sekali dalam kejohanan seperti ini, kejohanan yang pernah saya lalui dengan kejayaan sebelum,” menurut Djokovic. “Tetapi ia telah berlaku.”

    Djokovic beraksi dalam kejohanan pertama sejak menjulang gelaran Terbuka Australia yang ketujuh kali pada Januari lalu dan dia tahu bahawa dia perlu bangkit dan menemukan semula rentak.

    Dia akui gementar semasa perlawanan awal yang menyaksikan dia menang 7-6 (7/5), 6-2 ke atas Bjorn Fratangelo.

    Sejurus selepas tewas kepada Kohlschreiber, Djokovic akan beraksi dalam acara beregu dan bergandingan dengan Fognini yang menyaksikan mereka mencatat kemenangan ke atas beregu Jean-Julien Rojer dan Horia Tecau dengan keputusan 7-6 (8/6), 2-6, 10/6 untuk mara ke peringkat separuh akhir.

    “Anda perlu mengatasinya, teruskan perjuangan dan buka lembaran baharu,” menurut Djokovic. “Miami merupakan kejohanan seterusnya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda