MADRID, 29 APRIL – Novak Djokovic menarik diri dari Terbuka Madrid, kejohanan itu mengumumkan kelmarin.
Mesej dari akaun Twitter rasmi kejohanan menyatakan “Novak Djokovic tidak akan bermain di Terbuka Mutua Madrid.”
“Maaf kerana saya tidak dapat melakukan perjalanan ke Madrid tahun ini dan bertemu dengan semua peminat saya, Sudah dua tahun, cukup lama. Semoga berjumpa dengan anda tahun depan!” kata Djokovic.
Djokovic hanya bermain empat kejohanan tahun ini, setelah memutuskan untuk berehat berikutan kejayaan grand slam ke-18 di Terbuka Australia pada bulan Februari lalu. Pemain nombor satu dunia itu mengalami kekalahan mengejutkan ketika berdepan pemain nombor 28 dunia, Aslan Karatsev di separuh akhir Terbuka Serbia Sabtu lalu, setelah tewas kepada Dan Evans, yang berada di kedudukan ke-33, awal bulan ini di Monte Carlo. – AFP