Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Djokovic tempah tiket separuh akhir

    GENEVA, 24 MEI – Novak Djokovic berjaya menempah tempat pada separuh akhir Geneva, kelmarin, sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu beraksi dalam dua perlawanan lagi untuk meraih gelaran pertamanya pada 2024, beberapa hari sebelum pertahanan gelaran Terbuka Perancis bermula.

    Djokovic mengatasi cabaran set pertama dari Tallon Griekspoor untuk menang dengan keputusan 7-5, 6-1 dalam masa 77 minit di Parc des Eaux-Vives.

    Griekspoor, pemain nombor 27 dunia dari Belanda, adalah pilihan keenam dalam kejohanan Geneva yang disertai 28 pemain, yang berfungsi sebagai pemanas badan terakhir sebelum Grand Slam kedua musim ini di gelanggang tanah liat Paris minggu depan.

    Griekspoor mempunyai tiga mata penamat ke atas Djokovic dalam set pertama.

    “Ia adalah kemenangan yang hebat. Saya fikir set pertama mungkin berpihak kepadanya kerana dia beraksi lebih baik pada set pertama,” kata Djokovic selepas perlawanan.

    “Kami boleh mempunyai perlawanan yang berbeza sepenuhnya jika dia berjaya menukar mata set tersebut.

    “Saya bernasib baik kerana melakukan beberapa servis yang baik, dan selepas itu saya benar-benar bermain dengan cemerlang,” tambahnya.

    Ia adalah jurang yang terlalu jauh untuk Griekspoor, yang sebelum ini menewaskan Denis Shapovalov dari Kanada 6-7 (7/9), 7-6 (7/4), 6-3. Namun perlawanan tersebut dihentikan pada malam sebelumnya dalam set kedua kerana hujan. – AFP

    Djokovic ketika beraksi pada perlawanan suku akhir di Geneva, Switzerland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...