Sunday, March 9, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic tersingkir daripada pembukaan Indian Wells

    INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 9 MAC – Juara lima kali Novak Djokovic tersingkir daripada Indian Wells ATP Masters setelah tumpas dalam perlawanan pertamanya menentang Botic van de Zandschulp kelmarin.

    Pemain Belanda yang pernah tewaskan Carlos Alcaraz di Terbuka AS tahun lalu sebelum menewaskan Rafael Nadal dalam Piala Davis dalam perlawanan terakhirnya, telah menewaskan juara Grand Slam 24 kali, Djokovic 6-2, 3-6, 6-1.

    Bintang Serbia itu, pilihan keenam, menyertai pemain nombor dua dunia dan pilihan utama Alexander Zverev dan pilihan keempat Casper Ruud yang tersingkir pada pusingan kedua.

    Tiga puluh tujuh kesilapan oleh Djokovic adalah terlalu banyak. Selepas 14 pada set pertama, dia bangkit pada set kedua, meraih mata 3-0.

    Djokovic kelihatan berpuas hati selepas dapat melakukan pukulan forehand di sudut gelanggang untuk mendapat mata pertamanya dan selepas kemenangan set, dia menggangguk-angguk kepalanya.

    Walau bagaimanapun, van de Zandschulp bangkit melawan dan pukulan rally antara kedua pemain kekal tegang.

    Van de Zandschulp terus mengasak memberi tekanan pada kedua-dua garis belakang dan di jaring menyebabkan kesilapan-kesilapan Djokovic mula bertambah.

    Djokovic tidak dapat bermain secara konsisten sementara van de Zandschulp terus mengasak dalam lima set terakhir.

    Akhirnya, dengan kemenangan kelapan mengatasi 10 pemain terbaik, van de Zandschulp telah memperoleh kemenangan ATP berturut-turut buat kali pertama tahun ini.

    Walaupun Djokovic berkongsi rekod lima kejuaraan Indian Wells dengan Roger Federer, dia tidak pernah menjulang trofi itu sejak 2016.

    Dia juga berharap mampu melangkah jauh dengan bantuan jurulatihnya Andy Murray namun kali ini tersingkir lebih awal tahun ini berbanding 2024. – AFP

    Novak Djokovic berjabat tangan selepas tewas kepada Botic van de Zandschulp dalam perlawanan pusingan kedua Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Garden, California kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda