Djokovic terus buru kejuaraan

MELBOURNE, 28 JAN – Juara bertahan sementara, Novak Djokovic berjaya menguasai permainan Milos Raonic untuk terus memburu kejuaraan selepas mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Australia untuk menentang Roger Federer selepas pemain Swiss itu berjaya menyelamatkan tujuh mata perlawanan yang luar biasa dalam salah satu lagi pencapaian terbesarnya.

Meskipun menghadapi masalah dengan kanta lekapnya, pemain nombor dua dunia itu, tetap berjaya menjinakkan pemain hebat Kanada dengan keputusan 6-4, 6-3, 7-6 (7/1) ketika menyasarkan kejuaraan Melbourne Park kelapan dan kejuaraan Grand Slam ke-17nya.

Kejuaraan perlawanan itu adalah misi seterusnya Federer, selepas kemunculannya menentang pemain terkemuka Amerika Tennys Sandgren.

Pemain berusia 38 tahun itu, pemain tertua yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas Ken Rosewall, 43, tahun lalu, melalui perlawanan 6-3, 2-6, 2-6, 7-6 (10/8) , 6-3.

“Perlawanan saya menentang Roger dan Rafael Nadal menjadikan saya lebih kuat seperti hari ini,” katanya.

“Saya memberikan penghormatan yang luar biasa untuk Roger,” kata Djokovic, ketika ditanya mengenai kematian tragis Kobe Bryant, yang merupakan teman seperjuangannya.

“Dia adalah salah seorang atlet yang paling hebat sepanjang zaman, dia menjadi sumber inspirasi saya termasuk ramai orang di seluruh dunia,” kata Djokovic di Rod Laver Arena.

Aksi Djokovic dalam perlawanan itu juga didedikasikannya bagi memberi penghormatan kepada Bryant, menggambarkannya sebagai ‘mentor’ dan ‘rakan’ sejak 10 tahun yang lalu.

Djokovic, selepas kemenangan suku akhir Terbuka Australia menentang Milos Raonic itu juga berkata insiden kematian Bryant dan anak perempuannya serta tujuh lagi kru dalam kemalangan yang mengejutkan dunia itu adalah sangat menyayat hati. – AFP

Aksi Djokovic ketika meraikan kemenangannya selepas perlawanan menentang Milos Raonic di Melbourne, Australia, kelmarin. – AP