Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic terus unggul di Athens Open

    LONDON, 9 NOV – Novak Djokovic menjuarai kejohanan Athens Open untuk meraih gelaran ke-101 dalam ATP Tour, lapor PA Media/dpa.

    Pemain Serbia itu, yang sebelum ini hanya memenangi satu kejuaraan musim ini di Geneva, menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti 4-6, 6-3, 7-5 pada aksi final kelmarin.

    Kekalahan itu menjadi satu tragedi buat Musetti apabila impiannya untuk layak ke ATP Tour Finals di Turin minggu depan tidak kesampaian. 

    Tempat terakhir dalam kelompok lapan teratas kini disandang Felix Auger-Aliassime.

    Namun begitu, Musetti tetap akan berkunjung ke utara Itali sebagai pemain simpanan dan masih berpeluang beraksi di laman sendiri sekiranya Djokovic menarik diri daripada kejohanan itu.

    Djokovic, 38 tahun dilihat memakai pembalut di bahu sepanjang kejohanan di Greece dan dilaporkan bergelut dengan masalah fizikal sepanjang musim ini. – Bernama/PA Media /dpa

    Novak Djokovic menjulang trofi kejohanan tenis ATP 250 selepas menewaskan Lorenzo Musetti di Athens, Greece kelmarin. – AP
    Reaksi Lorenzo Musetti semasa perlawanan menentang Novak Djokovic di Athens, Greece kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda