Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Djokovic tidak sertai Terbuka Madrid

    MADRID, 23 APRIL – Pemain nombor satu dunia dan juara Grand Slam 24 kali, Novak Djokovic tidak akan bermain di Terbuka Madrid minggu ini tetapi berharap untuk muncul di Rom.

    Laporan media berkata bintang Serbia berusia 36 tahun itu telah menarik diri daripada kejohanan di ibu negara Sepanyol dan dia tidak disenaraikan dalam undian kelmarin.

    Djokovic masih belum memenangi sebarang kejuaraan musim ini dan hanya bermain dalam empat kejohanan tahun ini, setelah memutuskan untuk mengurangkan jadualnya.

    Selepas dinobatkan sebagai Ahli Sukan Terbaik Dunia buat kali kelima di Anugerah Laureus di Madrid lewat kelmarin, Djokovic berkata dia menyasarkan Terbuka Itali sebelum mempertahankan kejuaraan Terbuka Perancis mulai 26 Mei.

    “Malangnya, saya tidak akan dapat bermain di Madrid tahun ini. Saya merancang untuk bermain di Rom, jadi saya harap saya akan dapat melakukannya jika saya membuat persediaan yang baik,” kata Djokovic kepada pemberita.

    Reaksi Novak Djokovic bergambar dengan anugerah Ahli Sukan Terbaik Dunia Laureus semasa gala Anugerah Sukan Dunia Laureus ke-25 di Madrid pada 22 April. – AFP

    “Tahun ini agak berbeza untuk saya, saya belum menemui tahap terbaik tenis saya dan saya harap saya akan berada di Roland Garros.”

    Djokovic kini telah menarik diri daripada Terbuka Madrid tiga kali dalam tempoh empat tahun.

    Pemain Serbia itu merupakan juara tiga kali dalam acara gelanggang tanah liat selama dua minggu di ibu negara Sepanyol itu.

    Ia merupakan penarikan Masters 1000 keduanya tahun ini selepas melangkau Terbuka Miami pada Mac.

    Djokovic berkata dia “sedang mempersiapkan dirinya terutama untuk Roland Garros, Wimbledon, Sukan Olimpik dan Terbuka AS, bahagian yang paling penting musim ini bagi saya”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...