LOS ANGELES, 30 SEPT – Pemain nombor satu, Novak Djokovic telah mengundurkan diri dari kejohanan Indian Wells di California, pihak penganjur mengesahkan kelmarin.
“Kami kecewa Novak tidak dapat turut serta bersama kami dalam BNP Paribas Terbuka pada musim luruh ini,” kata pengarah kejohanan, Tommy Haas.
Djokovic telah lama tidak bermain semenjak kekalahannya dalam peringkat akhir Terbuka AS pada awal bulan ini, di mana dia terlepas peluang untuk memenangi gelaran utama ke-21 yang memecahkan rekod.
Djokovic adalah juara lima kali dalam Indian Wells, meraih gelaran pada tahun 2008, 2011, 2014, 2015 dan 2016.
Kejohanan di gurun California akan berlangsung pada 4 Okt hingga 17 Okt tahun ini selepas diubah daripada tarikh asal pada bulan Mac atas sebab pandemik COVID-19. Kejohanan edisi 2020 telah dibatalkan. – AFP
