Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    DKPP Indonesia pecat Hasyim Asy’ari sebagai Pengerusi KPU

    JAKARTA, 4 JULAI – Majlis Etika Organisasi Pilihan Raya (DKPP) Indonesia telah memecat Hasyim Asy’ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.

    Keputusan itu disampaikan oleh Pengerusi DKPP, Heddy Lugito semasa perbicaraan di Pejabat DKPP kelmarin, yang beliau menyatakan, “untuk mengenakan hukuman pemecatan tetap kepada tertuduh Hasyim Asy’ari berkuat kuasa daripada pembacaan keputusan ini”.

    Keputusan Majlis mendapati Hasyim bersalah mengabaikan prinsip profesionalisme dan gagal mengekalkan standard kesederhanaan dan etika.

    Heddy menjelaskan semasa prosiding bahawa Hasyim menghadapi tuduhan daripada seorang wanita dikenali sebagai CAT, yang merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara KPU di The Hague, Belanda.

    CAT menuduh Hasyim mengutamakan kepentingan peribadi dan memberikan layanan istimewa kepadanya serta mendakwa Hasyim menyalahgunakan kuasanya untuk meneruskan hubungan peribadi dengannya.

    Seorang anggota Majlis, Muhammad Tio Aliansyah menyatakan, “Tertuduh didapati gagal mengekalkan keseimbangan antara kepentingan peribadi dan tugas awam, mencampurkan kehendak peribadi dengan tanggungjawab rasmi.”

    DKPP telah meminta Presiden Joko Widodo untuk mengambil tindakan susulan terhadap keputusan itu dalam tempoh tujuh hari dari pengumumannya. – Bernama

    Hasyim Asy’ari ketika menghadiri sidang pertama pilihan raya Februari 2024 di Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada 27 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...