Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    DNB, Ericsson kendali VoNR menerusi rangkaian 5G Malaysia

    KUALA LUMPUR, 15 JUN – Gergasi telekomunikasi Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB), syarikat tujuan khas yang ditubuhkan bagi pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh Malaysia, berjaya mengendalikan Voice over New Radio (VoNR) atau panggilan suara radio baharu yang pertama di Malaysia menerusi rangkaian 5G secara langsung.

    Dalam kenyataan kelmarin, Ericsson berkata, ia sekali gus menyediakan platform kepada kedua-dua syarikat bagi menawarkan rangkaian bertaraf dunia untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

    Menurutnya, VoNR menawarkan audio dan video definisi tinggi untuk menambah baik pengalaman pengguna dan membuka peluang meraih perolehan baharu kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) dengan teras 5G tersedia.

    Selain itu, teknologi berkenaan juga berupaya mengendalikan fungsi data dengan serentak seperti memuat turun fail dan bermain video sambil membuat panggilan VoNR. 

    Menurut Ericson, kejayaan teknikal itu membuktikan kemampuan rangkaian DNB untuk menyokong seni bina 5G Kendiri (SA) dan 5G Bukan Kendiri (NSA).

    Ericsson turut berkata, VoNR memanfaatkan seni bina SA rangkaian 5G DNB bagi menawarkan pengalaman audio-video definisi tinggi kepada pengguna akhir berikutan kelajuan 5G yang sangat pantas sepanjang tempoh panggilan.

    Tambahnya lagi, ciri-ciri unggul radio 5G akan menambah baik perkhid-matan suara dan komunikasi seperti panggilan video rangkaian-berkesan, interaksi masa nyata dan evolusi berikutnya panggilan suara kepada perkhidmatan yang inovatif.

    Selain itu, menurutnya, peningkatan kapasiti suara dan video turut terlaksana kerana lebih banyak suara dan panggilan video bagi setiap sel di kawasan bandar yang padat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...