Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Sempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa Tahun 1445H/2024M, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Doa Kesyukuran di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan berserta pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Majlis dimulakan dengan Solat Hajat dan bacaan Tahlil, diikuti dengan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan oleh Ketua Guru Ugama, Unit Perkhidmatan Ugama Hospital RIPAS, Awang Ahmad Syuja’iee bin Begawan Mudim Haji Matassim.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian derma daripada Jabatan Perkhidmatan Keju-rurawatan kepada seramai bakal jemaah haji dari Perkhidmatan Kejururawatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menghadiri majlis yang berlangsung di Surau Nuurul ‘Inayah, Hospital RIPAS. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda