Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran Hari Keputeraan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79, di Surau PPBND, Kampung Beribi, Gadong, kelmarin.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah, seterusnya disusuli dengan bacaan Surah Yasin serta Doa Kesyukuran.

    Acara diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

    Turut hadir sama pada majlis, Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin, ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, penolong-penolong pesuruhjaya pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap serta ahli-ahli pengakap muda dan pengakap remaja dan pengakap kelana.

    Antara yang hadir pada majlis yang diadakan di Surau PPNBD, Kampung Beribi, Gadong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda