Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran rai 10 Tahun RPN Panchor Mentiri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Majlis Doa Kesyukuran sempena 10 Tahun Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mentiri telah diadakan kelmarin di Masjid An Na’im Kampong Panchor Mengkubau.

    Hadir di majlis anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 RPN Panchor Mentiri, dengan kerjasama takmir Masjid An Na’im RPN Panchor Mentiri itu, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Haji Awg Mohammad Eddie Hardey Bin Haji Ibrahim Pemangku penghulu mukim Mentiri juga Ketua Kampung kawasan 2 RPN Panchor,Mentiri selaku pengerusi majlis para jemputan-jemputan khas di kalangan ketua-ketua, pemangku ketua-ketua kampung mukim Mentiri dan penduduk-penduduk kampung RPN Panchor.

    Majlis diisi dengan solat fardu Maghrib, solat sunat hajat di teruskan dengan bacaan Yasin serta doa kesyukuran dan Isyak berjemaah dan seterusnya penyerahan wakaf kepada masjid An’Na’im

    RPN Panchor Mentiri mempunyai keluasan 309 hektar, mengandungi 4,000 unit rumah, yang merangkumi 2,400 unit rumah teres dan selebihnya adalah rumah kembar yang mana pembinaan rumah-rumah tersebut menelan belanja $388 juta.

    Penempatan awal penduduk di kawasan perumahan ini adalah pada penghujung tahun 2014.

    Kawasan-kawasan di RPN Panchor terdiri dari Jalan Bukit Sinadur, Jalan Sungai Cerana, Jalan Bintagur, Jalan Pendayan, Jalan Tanjong Selasih dan Jalan Tanjong Kudus.

    Dalam usianya mencapai satu dekad pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana telah dilihat antaranya masjid dan jalan raya penghubung dan jejambat yang siap terbina yang setentunya menjadi salah satu kemudahan utama bagi penduduk dan masyarakat di RPN Panchor,Mentiri.

    Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Lawi bersama tetamu yang lain pada Majlis Doa Kesyukuran Sempena 10 Tahun Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mentiri yang diadakan kelmarin.
    Gaambar atas & bawah, gambar suasana majlis berkenaan. – AJK (MPK) Kawasan 2 RPN Panchor Mentiri

    Gambar serahan AJK (MPK) Kawasan 2 RPN Panchor Mentiri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda