Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran rai Ulang Tahun TAP

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Sebagai tanda kesyukuran serta meraikan ulang tahun penubuhan ke-32 tahun, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

    Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah TAP dan pegawai serta kakitangan TAP.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan daripada tetamu kehormat kepada Yang Di-Pertua Pertubuhan WARGAMAS, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

    Majlis kemudian diteruskan dengan menunaikan sembahyang Fardu Asar secara berjemaah, diteruskan dengan bacaan Doa Selamat serta Doa Kesyukuran.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir meraikan ulang tahun TAP penubuhan ke-32 tahun. – GAMBAR SERAHAN TAP
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyampaikan sumbangan kepada Haji Abu Bakar. – GAMBAR SERAHAN TAP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda