Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena Hari Juruukur Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Solat Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Juruukur Sedunia di Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia lr Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

    Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah timbalan menteri pembangunan, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan juruukur-juruukur tanah berlesen serta ahli-ahli Institut Geomatik Brunei (BIG).

    Acara dimulakan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah diikuti dengan bacaan Doa Yasin, Doa Perlindungan COVID-19 dan Doa Kesyukuran beramai-ramai.

    Sementara itu, dua lagi acara bagi sambutan tersebut akan diadakan pada 26 dan 27 Mac nanti.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia lr Haji Suhaimi bersama warga Kementerian Pembangunan berserta ahli-ahli BIG pada majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Juruukur Sedunia di Masjid Ash- Shaliheen, JPM.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda