Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD) itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Tingkat III, Masjid UBD, Awang Mohd Amirul Rahmad bin Haji Mohammad dan diakhiri dengan solat Fardu Asar berjemaah.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah setiausaha-setiausaha tetap, naib-naib canselor dan rektor, timbalan setiausaha tetap (pendidikan teras), ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam baru-baru ini. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda