Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena Hari Perkhidmatan Awam

    Oleh Syahmi Hassan & Hajah Saemah Kepli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-24, satu Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

    Hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentabiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha Tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Anuar bin Haji Salim selaku Ketua Imam dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan bacaan Doa Kesyukuran Khas sempena Hari Perkhidmatan Awam.

    Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentabiran Awam) di Jabatan Perdana Menteri hadir di majlis berkenaan.

    Majlis seumpamanya juga turut diadakan secara serentak di daerah-daerah lain iaitu di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong.

    Hadir di Daerah Belait ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu, ketua-ketua cawangan jabatan-jabatan di Daerah Belait, pegawai dan kakitangan kerajaan dan lainnya.

    Hadir pada majlis yang diadakan bagi Daerah Tutong pula ialah Setiausaha Tetap (Perindustrian) di Jabatan Perdana Menteri, Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah dan di Daerah Temburong ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda