Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena HPA ke-28

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) kali ke-28, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlilserta Doa Kesyukuran, petang ini.

    Majlis tahlil itu dikhususkan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul `Azim yang bermula jam 6:25 petang.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil diketuai oleh Pegawai Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran dan Pegawai Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, Awang Muhammad Amaluddin bin Jamaluddin.

    Acara-acara tersebut disiarkan di semua saluran televisyen dan rangkaian radio di Radio Televisyen Brunei.

    Di samping itu, esok, 29 September, Rancangan Rampai Pagi yang akan bermula pada 7:20 pagi akan memuatkan Edisi Khas Sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-28 bagi tahun 2021.

    Segmen edisi khas tersebut bermula 8:30 pagi dengan Ucapan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Dalam segmen itu juga akan memuatkan wawancara warga Perkhidmatan Awam dari Program Eksekutif Muda (YEP) yang bertugas di barisan hadapan sebagai suka-relawan yang membantu me-ngawal situasi dan mengekang wabak COVID-19 di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda