Tuesday, October 1, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Kesyukuran sempena pembelian kereta jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Lambak, Berakas baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena pembelian van jenazah yang berlangsung di dewan serba guna masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof selaku ahli Majlis Ugama Islam dan penaung serta penasihat AJK Masjid Lambak.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh pegawai hal ehwal masjid berkenaan yang diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Haji Johar bin Haji Mohamad.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan kunci van jenazah yang disampaikan oleh tetamu kehormat kepada Awang Mohamad Nudin yang diikuti dengan bacaan doa kesyukuran.
    Turut hadir ialah Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Zaidi; Pemangku Ketua Kampung Lambak A, Haji Brahim bin Haji Abdul Rahman; Ketua Pegawai Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Ghani; Pegawai Hal Ehwal Masjid bahagian Zon Berakas, Haji Mohd Amin bin Haji Salim serta AJK dan jemaah Masjid Lambak.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJK MASJID LAMBAK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda