Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa kesyukuran sempena penubuhan PEKLAP

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-55 tahun, Persatuan Kampung Lubok Pulau (PEKLAP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran serta acara Walkaton, baru-baru ini.

    Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran telah diadakan di Masjid Kampung Lubok Pulau, Tutong dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Yang Di-Pertua PEKLAP, Haji Asli bin Haji Rasil.

    Majlis dimulai dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran oleh imam masjid berkenaan.

    PEKLAP yang ditubuhkan pada 1968 telah berperanan penting dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat setempat dan mempromosikan keharmonian dalam komuniti.

    Majlis itu juga bertujuan untuk meraikan sejarah perjalanan persatuan dan memohon doa restu daripada seluruh penduduk kampung serta masyarakat setempat.

    Di samping itu, majlis juga telah menyaksikan pengiktirafan terhadap sumbangan sukarelawan dan ahli persatuan yang telah berusaha gigih dalam memajukan kebajikan dan kemajuan komuniti tempatan.

    Sementara itu, acara walkaton telah diadakan kelmarin di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.

    Walkaton sejauh 3 kilometer itu menyaksikan penyertaan aktif daripada penduduk kampung dan masyarakat setempat. Acara itu bukan sahaja memberikan tumpuan kepada gaya hidup sihat, malah mempromosikan semangat kesatuan dan kebersamaan dalam kalangan penduduk kampung.

    Antara yang menyertai Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran tersebut. – GAMBAR SERAHAN PEKLAP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda