Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Khas sempena Nisfu Syaaban

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Bersempena dengan Nisfu Syaaban bagi tahun 1446H/2025M, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Khas pada 13 Februari mulai jam 6 petang.

    Majlis berkenaan akan diadakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Nisfu Syaaban jatuh pada setiap 15 Syaaban tahun Hijrah dan umat Islam akan menyambut malam berkenaan yang merupakan salah satu malam yang penuh berkat, rahmat dan dimakbulkan doa-doa.

    Dengan kelebihan dan keberkatan yang terdapat pada malam tersebut, umat Islam adalah digalakkan untuk menghidupkannya dengan memperbanyakkan amal ibadah dan zikir untuk meraih rahmat dan keredaan Allah SWT.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama merebut ganjaran pahala dan keberkahan daripada Allah SWT di samping mengimarahkan masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda