Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa mohon laluan untuk sentuh Kaabah termakbul

    Tenang tanpa perlu bersesak, pelakon Idzham Ismail meluahkan rasa syukur serta sebak apabila berjaya menyentuh Kaabah selepas tiga hari mencari peluang berkenaan.

    Meskipun berdepan ujian dan perlu bersabar, Idhzam atau Muhammad Idzham Ismail, 37, tidak menyangka perjalanannya di Tanah Suci dipermudahkan sehinggalah dia berada di hadapan Kaabah itu.

    “Perkara ini saya tunggu tiga hari baru dapat. Hari pertama dan kedua saya tawaf, Kaabah ditutupi pagar kelilingnya.

    “Hari ketiga, saya bawa anak tawaf di atas. Saya minta dekat Allah untuk izinkan saya dapat sentuh dan dekat dengan Kaabah.

    “Hari keempat, masya-Allah. Selepas pusingan ke tujuh, selepas makan dan Hijir Ismail, laluan betul-betul terbuka dan saya masuk tanpa perlu berebut,” katanya.

    Idzham berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory miliknya kelmarin.

    Dalam pada itu, Idzham berkongsi bagaimana situasi di sekelilingnya berubah sebaik sahaja dia dapat menyentuh Kaabah.

    “Sekali sudah dapat sentuh, terus ramai orang berpusu balik ke arah saya masuk. Masya-Allah, perasaan ini memang tidak dapat diungkap,” ujarnya.

    Sebelum itu, Idzham berkongsi foto dan momen dia mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4. – Agensi

     

    Idzham menunaikan ibadah umrah bersama dua anaknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda