Wednesday, January 22, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Nelydia Senrose di Arafah dimakbulkan, sebak ibu dapat tunai haji

    Pelakon Malaysia, Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur akhirnya ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

    Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelysia Nik Sen, 29, doanya ketika berada di Mekkah tahun lalu benar-benar termakbul apabila kali ini ibunya pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci.

    “Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji,” katanya.

    Memetik dari mStar, Nelydia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory yang dimuat naik pada hari ini.

    Nelydia sebak melihat ibu berangkat ke Mekkah. – mStar

    Menerusi video tersebut dia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji.

    Malah Nelydia juga dilihat tidak dapat menahan air mata menadah tangan tatkala doa dibaca bagi keberkatan mengiringi perjalanan ibunya.

    “Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibuku,” ujarnya.

    Pada Julai tahun lalu, Nelydia berangkat menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid.

    Pertama kali melakukan ibadah tersebut, Nelydia menyifatkan ia sebagai satu rahmat terbesar yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda