BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Bimbingan Haji, hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Ramah Mesra bersama Bakal Jemaah Haji Tahun 1440H/2019M di Dewan Bankuet, Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.
Majlis antara lain bertujuan bagi meraikan bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini setelah selesai mengikuti kursus ibadat haji selain mengeratkan hubungan silaturahim dan memohon ke hadrat Allah SWT agar bakal jemaah haji sentiasa mendapat perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan serta akan beroleh haji yang mabrur.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)