Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Selamat bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Seramai 81 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bakal menunaikan ibadah haji bagi tahun 2019 telah diraikan pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat, hari ini.

    Majlis yang diselenggarakan oleh Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet dengan kerjasama Bahagian Pengajian Tinggi itu berlangsung di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru, Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

    Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Maskub bin Haji Husin dari Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

    Kemudian, majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Persediaan Rohani Menjadi Tetamu Allah’ yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Universiti Brunei Darussalam, Haji Jufri bin Haji Hidup.

    Dalam ceramahnya, beliau sedikit sebanyak menyentuh mengenai persediaan untuk bakal jemaah haji menunaikan fardu haji dengan sempurna dan bagaimana untuk mendapatkan haji yang mabrur.

    Beliau juga menyentuh mengenai nasihat-nasihat dan amalan serta persediaan bagi bakal-bakal jemaah haji. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; dan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wjaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bagi 81 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda