Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Selamat mohon keberkatan, perjalanan selamat

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) mengadakan Majlis Doa Selamat bagi lebih 70 orang bakal jemaah haji Syarikat Usaha Sama Brunei Shell (BSJV) yang berlangsung di Ibu Pejabat BSP, Seria, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSP, majlis itu dihadiri ialah Pengarah Kewangan BSP, Haji Mohammad Zulazrin bin Haji Awang Mohidin selaku tetamu kehormat dan juga pihak kepimpinan BSP.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan ceramah dan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Kaunselor Bimbingan dan Agama dari Panaga Health, Haji Muhammad Najmuddin bin Haji Mohd Said.

    Beliau menyatakan bahawa ia merupakan satu penghormatan luar biasa untuk menunaikan haji dan menggalakkan para jemaah haji untuk menerima perjalanan dengan sepenuh hati, mencari ganjaran rohani serta terlibat dalam kebaikan yang bermakna di sepanjang perjalanan.

    Majlis dihasratkan untuk mendoakan dan memohon keberkatan bagi perjalanan selamat bakal jemaah haji.

    Haji Mohammad Zulazrin menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BSP
    Antara yang hadir pada Majlis Doa Selamat yang diadakan di Ibu Pejabat BSP, Seria, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN BSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda