Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Doa Selamat rai lapan bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Lapan orang bakal jemaah haji yang juga ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong A dan B serta Persatuan Warisan Kedayan Jerudong kelmarin telah diraikan pada Majlis Doa Selamat di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong.

    Majlis anjuran bersama MPK dan persatuan serta takmir masjid juga diserikan dengan Majlis Sembahyang Hajat dan Membaca Yasin, Tahlil serta Doa Selamat kepada bakal jemaah haji yang tinggal di kampung tersebut.

    Selain itu, bakal jemaah haji juga menerima sumbangan derma disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Warisan Kedayan, Awang Abdul Hamid bin Abas. Bakal kemaah haji itu akan bertolak meninggalkan negara pada 4 Jun ini menuju ke Madinah Al-Munawwarah.

    Pengerusi Persatuan Warisan menyerahkan sumbangan kepada bakal jemaah haji.
    Gambar ramai ahli MPK, persatuan dan takmir masjid bersama bakal jemaah haji.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...