Tuesday, May 6, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doa Selamat untuk bakal jemaah haji

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Seramai 69 orang bakal jemaah haji terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk tenaga pengajar dari sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat Bakal Jemaah Haji 1446H / 2025M, yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), rektor, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Sungai Hanching, Haji Abdul Malik bin Haji Jumat.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah bertajuk, Ku Sahut PanggilanMu, yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Ugama, PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Badaruddin bin Haji Basar.

    Majlis kemudian menyaksikan Dr Haji Azman menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji. Majlis itu diakhiri dengan bacaan Doa Selamat untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan bagi para bakal jemaah haji supaya perjalanan mereka diberkati dan dilindungi.

    Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah dan Pusat Teknologi Pendidikan (EdTech), Kementerian Pendidikan diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT supaya kesemua bakal jemaah haji Kementerian Pendidikan akan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam keadaan sihat dan memperoleh haji yang mabrur.

    Majlis itu bertujuan untuk meningkatkan semangat untuk beramal-ibadat dan sikap pemedulian khasnya di kalangan warga Kementerian Pendidikan.

    Dr Haji Azman semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan, PDI, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Haji Badaruddin menyampaikan ceramah bertajuk, Ku Sahut Panggilanmu, di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Dr Haji Azman menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda