Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Doa merupakan senjata dan kekuatan umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasulnya untuk menguatkan kehidupan dan semasa berdoa, ia hendaklah benar-benar dihayati bacaan, bersungguh-sungguh memohon kepada Allah dan khusyuk serta tawaduk mengikut adab-adab berdoa.
Pensyarah KUPU SB, Dr Zulkifli bin Haji Zakaria, menekankan perkara itu dalam Takzkirah Subuh Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar Ali Saifuddien hari ini.
Menurutnya lagi, doa hendaklah dipohon dengan penuh penghayatan kerana ia merupakan penguat dalam kehidupan seharian dan permintaan kepada Allah agar urusan kita sebagai hambaNya berjalan lancar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn