Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doctor Who sambut ulang tahun ke-60

    Rancangan fiksyen sains British ikonik yang sangat digemari oleh seluruh generasi penonton, ‘Doctor Who’, menyambut ulang tahun ke-60 kelmarin.

    Episod pertama rancangan itu disiarkan di BBC One pada 23 November 1963.

    Ia menggambarkan pengembaraan Doctor, yang mengembara melalui alam semesta membantu orang di Tardis, sebuah kotak polis yang berfungsi sebagai mesin masa.

    Peminat siri ikonik itu menggunakan media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada rancangan itu, berkongsi foto cosplay watak mereka, lukisan yang diilhamkan oleh rancangan itu dan cerita tentang bagaimana rancangan itu telah mempengaruhi kehidupan mereka.

    Doctor Who mengubah kehidupan peribadi dan profesional saya,” kata seorang peminat di X. “Rancangan itu telah memberikan saya rasa tenang, gembira dan begitu banyak kenangan yang akan saya ingati sepanjang hayat saya’.

    Peminat Doctor Who, Tony Jordan bergambar dengan TARDIS di taman rumahnya di Cannock. – AFP

    Rancangan itu telah disiarkan di peringkat antarabangsa sejak 1964 dan telah mengumpulkan lebih 800 episod secara keseluruhan. Episod ulang tahun khasnya yang ke-50 telah ditonton di 94 negara dan wilayah pada 2013.

    Rancangan itu mula disiarkan di Wales sejak 2005 dan penerbitannya telah menyumbang lebih (kira-kira AS$168 juta kepada ekonomi Wales, menurut BBC. Ia juga telah menjana ribuan pekerjaan dan membawa kepada pembangunan industri yang lebih luas.

    Untuk meraikan ulang tahun jubli intan, tiga rancangan istimewa baharu akan diterbitkan mulai hujung minggu ini. Episod khas menampilkan kepulangan David Tennant, yang merupakan inkarnasi ke-10 Doctor dari 2005 hingga 2010.

    “Saya tidak pernah membayangkan untuk kembali kepada sesuatu tempat yang sangat bermakna 15 tahun lalu dan merupakan sebahagian besar dalam hidup saya,” kata Tennant.

    Sementara itu, unjuran khas berasaskan air selepas senja dalam sambutan ulang tahun itu akan berlangsung di Cardiff Bay, Wales, bermula kelmarin dan sehingga esok. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda