Doktor di hospital Wuhan meninggal dunia

BEIJING, 2 JUN – Seorang doktor di Wuhan yang bertugas sebagai pemantau bagi COVID-19, Li Wenliang, meninggal dunia akibat virus berkenaan minggu lalu, sekali gus menjadi kes kematian pertama di China minggu ini, lapor media tempatan hari ini.

Hu Weifeng, seorang ahli urologi di Hospital Central Wuhan meninggal dunia pada Jumaat selepas dirawat bagi jangkitan COVID-19, selain beberapa isu kesihatan lain selama empat bulan, lapor penyiar tempatan CCTV.

Beliau menjadi doktor keenam dari Hospital Central Wuhan yang maut akibat virus berkenaan yang dikatakan berpunca dari bandar raya di tengah China itu pada penghujung tahun lalu.

Hospital Central Wuhan tidak memberi kenyataan rasmi berkenaan kematian Hu, malah keadaannya menjadi bualan sebelum ini berikutan media China menunjukkan gambarnya dengan kulit menjadi hitam kerana kerosakan hati.

Rakan sejawatnya, Yi Fan, menunjukkan gejala yang sama, namun sudah sembuh dan dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Awal Februari lalu, seramai 68 kakitangan dijangkiti COVID-19.

Pemberi maklumat perubatan lain di Hospital Central Wuhan termasuk pengarah unit kecemasan, Ai Fen, menyatakan bahawa mereka ditekan oleh pihak berkuasa untuk tidak bersuara.

China tidak mengumumkan jumlah sebenar pekerja kesihatan yang maut, tetapi sekurang-kurangnya 34 orang pekerja perubatan diberikan penghormatan selepas kematian oleh pihak berkuasa kesihatan. Pada Februari lalu, Suruhanjaya Kesihatan Nasional mengatakan seramai 3,387 pekerja kesihatan dijangkiti. – AFP

Gambar fail menunjukkan kakitangan perubatan menggunakan sut pelindung ketika melakukan tugasan mereka di Hospital Zhongnan di Wuhan. – AFP