Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor dipecat kerana beri preskripsi aiskrim, permainan video

    BRAZIL, 5 JUN – Seorang doktor Brazil baru-baru ini dipecat selepas didakwa memberikan preskripsi aiskrim coklat dan permainan video kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mengalami sakit tekak dan gejala seakan selesema.

    Menurut laporan Oddity Cental, pada 18 Mei lalu, Priscila da Silva Ramos, ibu yang berusia 37 tahun dari Osasco, di Sao Paulo, membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan di sebuah klinik kerajaan, selepas anaknya merasa kurang sihat dan muntah-muntah.

    Dia mendakwa doktor itu kurang profesional selepas meminta doktor tersebut untuk memeriksa tekak anaknya, namun tidak diendahkan.

    Sebaliknya doktor itu didakwa mula menulis preskripsi ubat-ubatan seperti amoxicillin, ibuprofen, dipyrone, prednisolone dan N-acetylcysteine, serta aiskrim dan juga sesi harian bermain permainan video. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda