Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Doktor dipecat minta pembersih bantu pembedahan

    BERLIN, 21 MEI – Pegawai di sebuah hospital di barat Jerman melahirkan rasa kesal selepas salah seorang pakar bedah mereka didapati meminta bantuan pembersih untuk menjalani pembedahan pemotongan jari kaki.

    Penyiar awam SWR melaporkan pada Jumaat bahawa kejadian di Hospital Universiti Mainz, yang berlaku pada 2020, tidak mengakibatkan sebarang komplikasi kepada pesakit tetapi doktor itu telah dipecat.

    Ketua Eksekutif hospital itu, Norbert Pfeiffer, berkata pakar bedah itu tersilap memutuskan untuk meneruskan prosedur rutin walaupun tiada pembantu berkelayakan yang ada pada masa itu, lapor SWR.

    Apabila pesakit, yang telah menerima anestetik, menjadi resah, doktor meminta pembersih berhampiran untuk memegang kaki lelaki itu dan mengeluarkan alat pembedahan, menurut harian tempatan Mainzer Allgemeine Zeitung. Akhbar itu melaporkan bahawa pembersih itu tidak mempunyai pengalaman perubatan.

    Insiden itu terbongkar selepas seorang pengurus hospital ternampak pembersih – pad kain kasa berdarah di tangan – di dalam dewan bedah, lapornya.

    “Ini tidak sepatutnya berlaku,” agensi berita Jerman dpa memetik Pfeiffer sebagai berkata.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...