Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Doktor ditahan bantu siasatan kes cabul pesakit bawah umur

    IPOH, 7 JUN – Seorang doktor di Malaysiam ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu pada 9:14 malam, 4 Jun.

    “Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang,” katanya.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda